Skip to main content

Saya tidak sayang lagi Tengku TT

Bekas model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot berkata dia tidak lagi sayang kepada suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang didakwa telah menderanya.

"Saya tidak sayang lagi kepada Tengku TT (Tengku Temenggung)," kata Manohara dalam siaran langsung di stesen TV Indonesia, RCTI tengahari tadi.

manohara odelia pinot indonesia model blog website 230409Selain Manohara, turut menyertai dalam siaran langsung itu ialah ibunya - Daisy Fajarina - dan Mohd Soberi Shafii - teman karib Tengku Temenggung Kelantan itu.

Mohd Soberi memberitahun Malaysiakini, Manohara menyuarakan perasaan itu sewaktu siaran langsung tersebut.

"Saya menyertai siaran langsung itu melalui telefon dari Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Mohd Soberi manohara menyatakan dia tidak lagi sayangkan suaminya ketika menjawabnya mengapa dia membuat dakwaan didera oleh Tengku Temenggong Kelantan.

Selepas mengungkapkan kata-kata penuh emosi itu, Mohd Soberi berkata, beliau kemudiannya kepada Manohara:

"Apakah selama ini, tidak pernah sekali pun kamu sayang padanya (Muhammad Fakhry Petra)?

'Bapa kandung ingin jumpa'

"Bagaimanapun Manohara tidak menjawab soalan itu. Dia mendiam diri," katanya.

mohd soberi shafiiMohd Soberi berkata, beliau juga meminta Manohara menjelaskan tindakannya menghebahkan di media dakwaan dia didera tanpa membuktikan terlebih dahulu.

"Manohara menjawab, dia mesti 'serve' (layan) media dahulu, yang banyak membantunya," kata Mohd Soberi.

Katanya, beliau juga memaklumkan kepada Manohara bahawa bapa kandungnya - George Mann - yang kini dipercayai sedang berada di Kanada, sedang mencarinya.

Menurutnya, mereka telah terpisah sejak 15 tahun lalu selepas George berpisah dengan ibu Manohara - Daisy Fajarina.

Bagaimanapun, kata Mohd Soberi, Manohara tidak menjawab, tetapi sebalik hanya mendiamkan diri.

-http://www.malaysiakini.com/news/105720

Comments

Popular posts from this blog

Online News : Nargis : Mayat mangsa masih dibiar bergelimpangan

Walaupun lebih lima minggu kejadian taufan Nargis melanda Dataran Irrawaddy, Myanmar, mayat-mayat mangsa terkorban masih boleh dilihat bergelimpangan di kiri dan kanan jalan. Malah lebih teruk, mayat-mayat itu dicampak ke dalam terusan atau kubur besar yang digali tanpa sebarang tanda. Pemerhati misi bantuan Kijang Care ke Myanmar, Syed Azidi Syed Aziz berkata, keadaan tempat yang dilanda taufan Nargis amat dahsyat dan sukar digambarkan kerana persekitarannya yang rosak teruk dan mayat mangsa korban masih dibiarkan begitu sahaja. “Berbanding Tsunami yang melanda Acheh pada 2004 lalu, memang segala-galanya musnah tetapi mangsa korban masih mendapat perhatian tetapi tidak di sini (Myanmar) usaha membersih kawasan yang dipenuhi mayat masih tidak dilaksana sepenuhnya lagi,” katanya yang baru pulang dari misi bantuan tersebut. Misi bantuan Kijang Care menjalankan operasi kemanusiaan di Myanmar bermula 2 hingga 6 Jun lalu yang disertai lima petugas membawa bekalan makanan, ubatan dan pakaian...

Plasma TV Or LCD TV - How Do I Decide?

Plasma TV or LCD TV? What's REALLY the difference? It's no doubt that there's still a lot of confusion and misinformation when it comes to the differences between Plasma TV and LCD TV. So how do you know which technology is right for you? Well, it's not a simple matter of Plasma TV is better, or LCD TV is better. It really depends on your circumstances and preferences. Let's talk about the differences and the pros and cons for each, as well as some of the misconceptions regarding these TVs, and hopefully that will help you in your decision making process. Many people confuse Plasma TVs and LCD TVs because at a quick glance they look the same...they're both flat screen TVs, with a thin profile, which can be mounted on a wall. They're definitely both very cool technologies. They share other similarities, of course, such as screen resolution, input types, and a few others, but Plasma TVs and LCD TVs are totally different technologies, and there are differenc...

What's So Great About Recycling?

Recycling is integral to living a ‘greener’ life, but many people don’t really understand the environmental benefits of separating their rubbish for this purpose. Whilst it is perhaps clear that the less we recycle the more landfill space we use, the other environmental plus points of recycling are less widely appreciated. And there are many plus points, all of which add up to recycling being a crucial activity in combating climate change. The reduction of landfill is certainly important, with space running out and landfill gases contributing themselves to global warming. But in addition to this are a number of other very good reasons for not simply discarding everything we use. In terms of raw materials, recycling reduces the consumption of these, which can have a very positive environmental impact. Use of materials such as wood is causing serious environmental issues, so recycling paper products is an easy way to reduce this requirement. In addition, the energy expended ...