Sunday, June 7, 2009

(Video) “Ceramah Pun Kena Bergaya” - Ustaz Akhil Hayy


BERCERAMAH dalam bangunan pakai cermin mata hitam. Itulah cerita yang disampaikan seorang teman kepada SS. Pada mulanya SS tidak ambil kisah, apa salahnya pakai cermin mata hitam.
Tapi kata teman itu, apa sebenarnya yang cuba disorokkan penceramah itu di sebalik cermin mata hitamnya. Itulah yang menariknya.

Katanya, hendak kata mata silau dari sinaran matahari, hari dah malam.

Kalau malam hari pakai cermin mata hitam, lagi orang cuak dan timbul tanda tanya. Tambah teman SS itu, dia memang tidak suka bercakap dengan orang yang pakai cermin mata hitam sebab tak boleh nampak matanya. Berbeza dengan dirinya, berpeluang meneroka seluruh tubuh orang di depannya.

Malu juga teman SS itu sebab katanya, memanglah dia tak seksi tetapi seramlah juga.

Katanya, daripada bercakap dengan orang macam itu, lebih baik cakap dengan dinding.

Apabila difikir-fikirkan kisah penceramah berstatus selebriti itu tadi, SS tak tahulah apa motif dia bercermin mata hitam. Tak tahulah pula SS kalau-kalau penceramah itu diserang sakit mata, tapi apa yang penting bibirnya lancar berkata-kata.

Maknanya, masalah mata tidak mengganggu tumpuannya pada topik dibincangkan. Bagaimanapun, menurut perkiraan SS, orang macam itu tidak yakin dengan dirinya dan mungkin juga tidak jujur. Jiran SS yang turut menyaksikan program itu di televisyen pun rasa tak seronok.

Buat penceramah itu, SS harap terima teguran ini dengan hati terbuka. Maklumlah, dirinya memang popular dan jadi bualan, apa dibuat memang serba tidak kena. Dari cara berpakaian, sampailah gaya rambut. Kalau lelaki, gaya misai dan janggut juga jadi bualan.

Apatah lagi kalau berceramah memberi nasihat atau motivasi kepada orang lain, sudah tentu pandangan mata itu penting. Apakah bimbang bertentang mata dengan penonton bukan muhrim ketika memberi ceramah? Tidak tahulah SS mungkin penceramah itu punya alasan tersendiri mengapa tampil begitu.

-http://www.ohbulan.com/ceramah-spek-hitam-ustaz-akhil-hayy/#more-4839

No comments: